[ Back ]     [ Comments ]     [ Print ]

News Admin
 
Date
 15/11/2001
News Provider
 Mahamad Rodzi Abdul Ghani
News Source
 NULL
Headline
 Biojisim sawit masih banyak belum dimanfaat

12 November 2001 (Berita Harian)

MINYAK sawit menyumbang RM14.9 billion kepada pendapatan eksport negaratahun lalu, sekali gus menjadi satu daripada penggerak utama ekonomiMalaysia. Walaupun sawit mencatat produktiviti paling tinggi, ia masihbelum boleh dianggap sebagai sebuah industri yang intensif.Potensinya sendiri masih belum mencapai tahap maksimum. Minyak sawit yangdihasilkan cuma mewakili 10 peratus daripada komponen yang bolehdihasilkan dari pokok sawit. Ini bermakna masih banyak lagi komponen sawityang masih belum dimanfaatkan.Dianggarkan 90 peratus daripada komponen industri sawit yang berpotensimasih belum dieksploitasi secara ekonomik. Pokok sawit menghasilkanbiojisim berserat meliputi batang, pelepah dan tandan sawit kosong. Setiaphektar ladang sawit dianggar boleh menghasilkan 55 tan bahan ini setahunberbanding hanya 5.5 tan minyak sawit dan minyak isirong sawit.Andainya bahan ini dimanfaatkan sepenuhnya, sumbangan industri sawitkepada negara sudah pasti meningkat dengan anggaran nilai mencapai RM4bilion setahun pada peringkat awal.Adalah menjadi hasrat kerajaan, khususnya Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB) untuk memajukan industri biojisim sawit sebagai penjana hasil yangbesar berbanding keluaran minyak itu sendiri.Ladang sawit meliputi kawasan seluas 3.6 juta hektar dan ia menghasilkan35 juta tan biojisim dalam bentuk batang, pelepah dan tandan kosong.Ketika aktiviti tanam semula sawit, ia boleh menghasilkan lima juta tanbatang sawit dan 25 juta tan pelepah setahun. Di samping itu, tiga hinggalima juta tan tandan sawit kosong sedia diperolehi sepanjang tahun. Olehitu, adalah menjadi tanggungjawab bersama warga industri sawit, pengusahakayu dan bahan kayu untuk memanfaatkan biojisim sawit yang selama initerbiar begitu saja.Hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) menunjukkan kita boleh menggarapsecara ekonomi bahan biojisim sawit yang banyak dan menggunakan peluangitu sebaik mungkin menggunakan teknologi sedia ada dan terkini. Satu darikegunaan biojisim ialah untuk pembuatan papan komposit seperti papancantum, papan habuk, papan cip dan papan gentian berdensiti sederhana(MDF).Difahamkan, teknologi untuk membuat barangan ini sudah ada dan usaha R&Dmenggunakan teknologi dengan biojisim sawit sebagai bahan mentah sudahdilakukan oleh institusi penyelidikan seperti MPOB, Institut PenyelidikanPerhutanan Malaysia (FRIM) dan Universiti Putra Malaysia.Untuk menghasilkan MDF, MPOB sudah mewujudkan loji perintis bagi kerjapembangunan untuk membolehkan kayu getah yang kini digunakan sebagai bahanutama dalam penghasilan MDF diganti secara beransur-ansur, sekali gusmeningkatkan kualiti MDF yang dihasilkan.Pengekalan venier sawit sebagai lapisan dalaman bagi papan lapis sudahdapat dibuktikan. Ada syarikat tempatan kini sedang bekerjasama denganMPOB untuk memanfaatkan batang sawit untuk menghasilkan papan lapis.Kejayaan usaha ini akan merintis jalan yang sudah tentu akan mendorongsyarikat pengeluar papan lapis lain untuk turut serta.Satu lagi bidang biojisim yang boleh dimanfaatkan ialah untuk penjanaantenaga. Biojisim sawit sesuai untuk menghasilkan bahan tenaga bio secarakomersial. Dalam proses pengilangan, sejumlah besar gentian mesokaspa,tempurung, isirong dan tandan sawit kosong dihasilkan. Kini ia dijadikanbahan bakar kepada dadang kilang untuk menjana wap bagi penghasilan tenagaelektrik.Dalam masa yang sama tandan sawit kosong yang banyak jumlahnya dan tidakdibakar akan menghasilkan lebih banyak tenaga elektrik jika dimunfaatkan.Kajian yang dijalankan pada 1992 mendapati jika seluruh tandan sawitkosong dibakar untuk untuk tujuan penjanaan tenaga elektrik, ia akan dapatmenjimatkan penggunaan 112 juta liter diesel bernilai RM71.5 juta setahun.Jika batang sawit juga turut diambil kira, nilainya mungkin menjadi limakali ganda. Kerajaan sudahpun mengenal pasti industri sawit sebagai sumbertenaga kelima. Oleh itu, adalah wajar usaha mengkomersialkannyadirealisasikan.


ECONOMICS & INDUSTRY DEVELOPMENT DIVISION
Malaysian Palm Oil Board ( MPOB ) Lot 6, SS6, Jalan Perbandaran, 47301 Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
Tel : 603 - 7802 2800 || Fax : 603 - 7803 3533