[ Back ]     [ Comments ]     [ Print ]

News Admin
 
Date
 15/10/2001
News Provider
 Mahamad Rodzi Abdul Ghani
News Source
 NULL
Headline
 Ladang berkelompok lebih efektif

06 October 2001 (NSTP)

UNGKAPAN ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’ masih relevan dalamkonteks pendekatan pembangunan pekebun kecil. Pada 1956, Feldamembangunkan tanah kerajaan untuk pertanian dengan tanaman kekal sepertigetah secara berkelompok dan mengagihkan ladang itu kepada peneroka yanglayak.

Kejayaan pendekatan Felda itu menjadi ikutan agensi pembangunan pekebunkecil lain seperti Risda, Felcra dan skim kerajaan negeri pada tahun1970-an hingga sekarang.

Agensi ini mengumpulkan tanah milik pekebun kecil yang berselerak danmembangunkannya secara berkelompok dengan tanaman sawit atau getah keranakaedah itu mempunyai kelebihan berbanding pembangunan ladang secaraindividu.

Pembangunan ladang berkelompok menguntungkan dari aspek skala ekonomi yangmana kos pembangunan ladang setiap unit kawasan dapat diminimumkan dengankualiti kerja maksimum.

Kawasan ladang yang besar menarik minat lebih ramai kontraktor berwibawamenyertai tender membangunkan kawasan berkenaan. Ia juga meyakinkaninstitusi kewangan seperti Bank Pertanian Malaysia (BPM) memberikanpinjaman melalui jaminan oleh agensi yang membangunkan ladang berkenaan.

Pemindahan teknologi oleh agensi penyelidikan juga lebih kos efektif danberkesan kerana teknologi disalurkan terus kepada ejen pengembangan dandilaksanakan di ladang yang luas.

Justeru, penerimaan guna teknologi di ladang berkelompok lebih tinggiberbanding pekebun kecil individu. Kos pengurusan dan penjagaan ladangjuga lebih murah kerana kerja dibuat secara kontrak dan pembelian inputdibuat secara pukal. Jualan hasil dibuat secara pukal bagi mendapatkantawaran harga terbaik.

Sehingga Jun 2001, keluasan tanaman sawit di Malaysia berjumlah 3.5 jutahektar. Sektor estet menguasai 2.1 juta hektar (60 peratus), manakalasektor pekebun kecil pula menguasai 1.4 juta hektar (40 peratus).

Pekebun kecil sawit di negara ini ditakrifkan sebagai pemilik kebun sawitkurang daripada 40.5 hektar. Mereka terdiri daripada pekebun keciltersusun di bawah naungan Felda, Risda, Felcra, skim negeri dan pekebunkecil individu.

Kelompok pekebun kecil terbesar terdiri daripada peneroka Felda (18.4peratus), diikuti pekebun kecil individu (9.38 peratus), skim negeri (7peratus), Felcra (3.96 peratus) dan Risda (1.33 peratus).

Kini banyak ladang sawit milik pekebun kecil tersusun dan individumencapai tahap perlu ditanam semula kerana pokok berkenaan sudah berumurlebih 25 tahun, sekali gus menyebabkan hasilnya rendah dan tidak lagiekonomik.

Perkembangan terkini menunjukkan ada kecenderungan di kalangan pekebunkecil menanam semula secara individu. Felda melaporkan sehingga sekarangseluas 13,275 hektar ladang sawit membabitkan 3,467 peneroka sudah menanamsemula secara individu.

Jumlah ini dianggarkan 10 peratus daripada jumlah kawasan yang sudahditanam semula oleh Felda. Akibatnya, wujud senario iaitu terdapatkelompok pokok sawit tua dalam kawasan yang sudah ditanam semula.Penanaman semula secara individu dan tidak serentak akan mengundang banyakmasalah seperti perosak kumbang badak dan penyakit yang berterusan.

Berdasarkan maklumat Skim Intensif Tanam Semula Sawit (SITS) yangdilancarkan MPOB awal tahun ini menunjukkan 6,173 permohonan diterimadaripada pekebun kecil dan membabitkan kawasan sawit seluas 29,664 hektar.

Jumlah itu dikira tinggi. Sebahagian besar permohonan SITS membabitkansektor pekebun kecil terdiri daripada bekas peneroka Felda. Kecenderunganpekebun kecil menanam semula secara individu adalah satu perkembangankurang sihat daripada perspektif pembangunan ladang sawit.

Apa yang amat menyedihkan ialah mereka ini adalah daripada kalangan yangtelah membangun secara berkelompok. Perkara ini wajar diberikan perhatianserius oleh semua pihak jika sektor pekebun kecil sawit mahu dikekalkansebagai sektor yang mampu berdaya saing pada masa depan.

Dalam kes peneroka Felda, mereka enggan menyertai program tanam semulaberkelompok kerana tidak mahu berhutang dan terikat dengan penjualan buahsawit kepada Felda.

Pada masa yang sama, peneroka mesti memahami objektif tanam semula yangantaranya bagi mengawal serangan perosak dan penyakit, menjaminkeseragaman pertumbuhan pokok dan produktiviti tinggi.

Pendekatan pertanian secara tanaman berkelompok lebih ekonomik melaluipengurusan dan penyelenggaraan ladang yang kos efektif. Pendapatan yangdiperoleh lebih baik kerana pengeluaran ladang yang tinggi, kospengeluaran rendah, tawaran harga yang baik, penggunaan teknologi jenteraperladangan terkini dan kemudahan pemindahan teknologi yang seragam olehejen pengembangan.

Kaedah ini juga mampu menyediakan keupayaan daya saing industri sawitnegara menghadapi globalisasi. Akhirnya mereka juga boleh menambahpendapatan sebagai pekerja ladang. Malah, mereka boleh meneroka bidanglain kerana ladang mereka diuruskan secara berkelompok.

Oleh itu usaha mesti dilakukan supaya tanam semula secara serentak inidiamalkan semula, sama ada menggunakan khidmat kepakaran Felda atausyarikat lain yang berwibawa.

Oleh Idris Omar (Idriso@mpob.gov.my)


ECONOMICS & INDUSTRY DEVELOPMENT DIVISION
Malaysian Palm Oil Board ( MPOB ) Lot 6, SS6, Jalan Perbandaran, 47301 Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
Tel : 603 - 7802 2800 || Fax : 603 - 7803 3533