[ Back ]     [ Comments ]     [ Print ]

News Admin
 
Date
 12/10/2001
News Provider
 Mahamad Rodzi Abdul Ghani
News Source
 NULL
Headline
 Usaha berterusan atasi sisa kilang sawit

06 October 2001 (NSTP)

USAHA kerajaan dan industri sawit dalam menangani pencemaran sisa kilangsawit dan bahan sampingan sawit berjaya mengurangkan pencemaran alamsekitar. Pada awal 1960-an, efluen yang dihasilkan dari 10 kilang sawityang mengeluarkan kira-kira 92,000 tan minyak adalah kecil dan mampuditangani alam sekitar. Bagaimanapun sepuluh tahun akan datang, pencemaranini sukar dikawal.

Pemprosesan buah sawit, khususnya bagi mendapatkan minyak begitu sinonimdengan pencemaran alam sekitar kerana ia turut menghasilkan pelbagaibentuk bahan buangan seperti efluen minyak sawit yang dikenali sebagaiPOME, tandan kosong, gentian mesokarpa dan cengkerang sawit. Ini ditambahpula tiada teknologi yang terbukti mampu merawat sisa buangan itu sama adadi dalam atau luar negara.

Usaha penyelidikan perlu dilakukan bagi menangani permasalahan itu supayapenyelesaian yang lebih ekonomik dan mesra alam ditemui. Beberapa kaedahyang biasa digunakan ialah sistem kolam takungan, tangki pencerna terbukabersistem pengudaraan, dan pencerna anaerob tertutup dan sistem aplikasitanah.

Menerusi sistem Penapaian Anaerob Termofili (PAT), sisa disalur terus kedalam pencerna anaerob selama sembilan hingga 13 hari. Proses itu dapatmenghasilkan biogas yang boleh digunakan sebagai bahan bakar di kilangsawit. Sisa cair pula boleh digunakan secara terkawal bagi menyuburkantanah sementara sisa pepejal dijadikan baja.

Sistem rawatan di kolam juga boleh dilaksanakan yang mana sisa buangandialirkan terus ke kolam takungan selama 60 hari atau lebih bagimembolehkan proses pencernaan anaerob berlaku.

Seperti PAT, buangan yang telah dirawat dan dalam bentuk cecair bolehdigunakan secara terkawal bagi menyuburkan tanah. Kebiasaannya cecair iniakan disalurkan ke ladang melalui parit kecil antara barisan pokok sawit.


ECONOMICS & INDUSTRY DEVELOPMENT DIVISION
Malaysian Palm Oil Board ( MPOB ) Lot 6, SS6, Jalan Perbandaran, 47301 Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
Tel : 603 - 7802 2800 || Fax : 603 - 7803 3533