[ Back ]     [ Comments ]     [ Print ]

News Admin
 
Date
 11/10/2001
News Provider
 Mahamad Rodzi Abdul Ghani
News Source
 NULL
Headline
 Lidah Pengarang: Memanfaatkan ICT untuk kecekapan

06 October 2001 (NSTP)

PELANCARAN serentak dua aplikasi elektronik urus niaga sawit oleh MenteriPerusahaan Utama, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik ketika Kongres Minyak SawitMalaysia 2001 (PIPOC 2001) baru-baru ini, membuka lembaran baru industrisawit negara.

Seiring kepesatan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) yangmewujudkan aplikasi elektronik bagi pelbagai bidang, ia menarik industrisawit untuk turut memanfaatkan kecanggihan teknologi maklumat dankomunikasi (ICT), khususnya bagi meningkatkan perdagangan minyak sawit.

Pendaftaran elektronik atau ‘e-registration’ adalah sistem pendaftarankontrak urus niaga sawit secara ‘on-line’ yang dibangunkan MPOB. Sistemitu menyediakan kemudahan kepada mereka yang terbabit dalam industri sawit(pelesen kategori utama) melaporkan kontrak urus niaga sawit kepadaLembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melalui Internet.

Sistem ini diperkenalkan bagi mempertingkatkan kecekapan pendaftarankontrak urus niaga sawit yang dikuatkuasakan mengikut peraturanpendaftaran kontrak MPOB. Peraturan pendaftaran kontrak mensyaratkansetiap pelesen melaporkan semua urus niaga harian minyak sawit kepada MPOBdalam tempoh 24 jam selepas kontrak urus niaga dijalankan.

Perkembangan pesat perdagangan minyak sawit menyebabkan peningkatanlaporan kontrak urus niaga sawit. Pada masa ini, MPOB mengendalikan hampir400 kontrak urus niaga sawit setiap hari, berbanding 140 pada pertengahan80-an. Peningkatan ketara aktiviti pendaftaran kontrak memerlukanpenggunaan satu sistem yang lebih cekap bagi meningkatkan kecekapan MPOBmemantau perkembangan urus niaga dan hebahan maklumat harga harian bagirujukan industri dan peniaga.

Penggunaan sistem pendaftaran elektronik hanya memerlukan beberapakeperluan asas seperti capaian Internet, dilengkapkan manual penggunaansebagai panduan kepada pelesen mendaftar setiap urus niaga sawit.Berbanding pendaftaran kontrak secara konvensional melalui teleks,faksimili dan telefon, yang mengambil masa lebih lama bagi pemprosesandata, pendaftaran elektronik membolehkan penyemakan dan pemprosesan datadilakukan secara terus melalui capaian pangkalan data MPOB menerusiInternet.

Pelancaran sistem perdagangan elektronik sawit atau ePOMEX (Malaysian PalmOil Exchange) adalah aplikasi perdagangan minyak sawit secara ‘on-line’yang pertama di Malaysia. Sistem ini juga dibangunkan bagi memanfaatkanpenggunaan teknologi ICT, khususnya dalam era perdagangan global yangmemerlukan maklumat pasaran dengan pantas.

Berbanding kaedah konvensional yang mengamalkan perundingan dua halaantara pembeli dan penjual melalui telefon, telex dan faksimili, ePOMEXmenyediakan kemudahan urus niaga secara langsung melalui Internet,mempertemukan semua pihak yang terbabit dalam urus niaga serentak.

Melalui jaringan rangkaian pangkalan data, semua pihak dalam urus niagaboleh berinteraksi secara serentak pada satu masa dan membuat keputusanurus niaga lebih cepat. Semua pihak dalam industri sawit sama ada daripadasektor perladangan, perkilangan (kilang buah sawit dan kilang penapis)serta peniaga di seluruh negara dipertemukan dalam satu sistem pasaranterbuka.

Urus niaga di pasaran elektronik bukan saja bersifat lebih terbuka dancepat, malah individu atau syarikat yang menyertai urus niaga sawit secara‘on-line’ juga terjamin. Semua pihak yang terbabit perlu mematuhiperaturan pasaran dan piawaian perdagangan yang ditetapkan PersatuanKilang Penapis Minyak Malaysia (PORAM), MEOMA, FOSFA dan lain-lainperaturan yang berkuatkuasa di Malaysia dan juga luar negeri.

Dalam era kecanggihan teknologi dan keperluan maklumat terkini untukkeputusan urus niaga pantas, semua pihak dalam industri sawit perlumemanfaatkan penggunaan aplikasi elektronik yang dibangunkan bagimemastikan perkembangan industri sawit negara.

Justeru, semua pihak, sama ada pelesen MPOB atau peniaga perlu memberikomitmen dan melakukan anjakan paradigma bagi merealisasikan penggunaanICT dalam industri sawit negara.

– saufi@mpop.gov.my


ECONOMICS & INDUSTRY DEVELOPMENT DIVISION
Malaysian Palm Oil Board ( MPOB ) Lot 6, SS6, Jalan Perbandaran, 47301 Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
Tel : 603 - 7802 2800 || Fax : 603 - 7803 3533