[ Back ]     [ Comments ]     [ Print ]

News Admin
 
Date
 11/10/2001
News Provider
 Mahamad Rodzi Abdul Ghani
News Source
 NULL
Headline
 Pelesenan: Keperluan kepada industri sawit

06 October 2001 (NSTP)

PELESENAN adalah aktiviti yang tidak begitu digemari peniaga kerana iadianggap penghalang kepada mekanisme pasaran bebas. Biasanya, pelesenandikaitkan dengan peraturan atau syarat yang mempunyai kesan perundangan dibawah akta Parlimen yang perlu dipatuhi pemegang lesen. Kegagalan mematuhiperaturan itu boleh menyebabkan tindakan diambil mengikut peruntukanundang-undang.

Tanggapan negatif terhadap pelesenan menyebabkan aktiviti ini paling tidakpopular dari sudut mematuhi peraturan ditetapkan dan tindakanpenguatkuasaan terhadap mereka yang melanggarnya.

Secara umumnya, pelesenan adalah untuk memastikan satu bentuk disiplindiikuti semua pihak supaya sesuatu industri berjalan dengan lancar dansemua pihak mendapat faedah daripada pembangunannya.

Sejarah pelesenan industri sawit bermula dengan penubuhan LembagaPendaftaran dan Pelesenan Minyak Kelapa Sawit (Porla) di bawah Akta 179yang diperbadankan pada 1977. Sebelum itu, perjalanan industri kelapasawit dikawal oleh syarikat perladangan sawit seperti Guthrie, Harrison &Crossfield dan Sime Darby.

Untuk pengeksportan minyak sawit, ‘The Malayan Palm Oil Pool’ ditubuhkanpada 1953 dan pada 1971, ia disusun semula dan ditukar kepada MalaysianPalm Oil Producer Association (MPOPA). Pada 1961, kerajaan memperkenalkandasar mempelbagaikan ekonomi dalam bidang pertanian dan melancarkan skimkelapa sawit Felda.

Pengenalan dasar ini menyaksikan perkembangan pesat industri sawit dankerajaan berpendapat satu badan patut ditubuhkan untuk mengawalperkembangan industri sawit dengan lebih teratur. Penubuhan Porla memenuhiaspirasi untuk memaju dan menjalankan dengan sempurna semua aktivitiberhubung pembekalan, penjualan, pembelian, pengedaran, pergerakan,penyimpanan, eksport, import dan pengilangan buah kelapa sawit.

Untuk melaksanakan tugas ini, Peraturan-Peraturan Perusahaan Minyak KelapaSawit (Pelesenan) 1979 dikuatkuasakan dengan 11 aktiviti dalam perusahaandilesenkan. Pada 1982, peraturan dipinda untuk menambah empat lagiaktiviti yang dilesenkan.

Dengan penubuhan Lembaga Minyak sawit Malaysia (MPOB) melalui Akta 582(1999), semua tugas dan tanggungjawab Porla diserapkan kepada badan itu.Melalui Akta 582 memberi kuasa kepada MPOB untuk melesen semua aktivitiperniagaan, pengilangan dan penyimpanan keluaran kelapa sawit. Setakat iniada 15 aktiviti yang dilesenkan iaitu:

1. Menjual dan mengalih bahan penanaman kelapa sawit.2. Menjual dan mengalih buah sawit.3. Membeli dan mengalih buah sawit.4. Menjual dan mengalih minyak sawit.5. Membeli dan mengalih minyak sawit.6. Menjual dan mengalih isirong sawit.7. Membeli dan mengalih isirong sawit.8. Menjual dan mengalih asid lemak sawit.9. Membeli dan mengalih asid lemak sawit.10. Mengilang buah kelapa sawit.11. Menyimpan minyak, isirong sawit atau asid lemak sawit.12. Membroker keluaran sawit.13. Menyiasat dan memeriksa keluaran sawit.14. Menguji dan memeriksa keluaran sawit.15. Mengeksport atau mengimport buah, minyak, asid lemak dan bahanpenanaman sawit.

Untuk menjalankan setiap aktiviti yang dilesenkan, ia dikenakan bayaranRM100 setahun, kecuali aktiviti mengilang buah sawit sebanyak RM500.Sesiapa yang menjalankan aktiviti perusahaan sawit tanpa lesen ataumenjalankan perniagaan dengan orang yang tidak mempunyai lesen sah, adalahmelanggar peraturan ini dan boleh diambil tindakan mengikut peruntukan dibawah peraturan ini.

Berdasarkan prinsip ini, pekebun yang berhasrat menjual dan mengalih buahsawit, termasuk pekebun kecil dimestikan mempunyai lesen. Lesen pekebunkecil (menjual dan mengalih buah sawit) dikecualikan daripada bayaran.

Sehingga akhir Julai lalu, ada 99,084 pemegang lesen termasuk yangterbesar iaitu 91,887 adalah pekebun kecil, estet (3,626), peniaga(2,419), kilang buah (357), penyiasat (68), kilang penapis (67), kilangisirong (58), pusat simpanan (30) dan broker (35).

Setiap pemegang lesen bertanggungjawab mematuhi syarat pelesenan yangditetapkan. Antaranya ialah membayar ses minyak sawit, menyelenggara rekodharian, mengemukakan penyata bulanan, memaklumkan pertukaran maklumatpelesenan, mendaftar kontrak urus niaga dalam masa 24 jam dan syaratpelesenan lain mengikut aktiviti yang dilesenkan.

Tanggungjawab mematuhi syarat pelesenan adalah penting untuk memastikanmatlamat pelesenan itu tercapai dan memberi manfaat kepada perkembanganindustri. Objektif utama pelesenan adalah:

1. Mengumpul maklumat secara terperinci semua pemegang lesen yang mewakilipelbagai sektor dalam industri dan maklumat ini adalah alat untukmengawasi perkembangan industri supaya ia lebih teratur dan sihat,seterusnya untuk mengatur strategi industri ke arah perkembangan tersusundan lebih dinamik.

2. Memelihara imej dan mutu keluaran sawit melalui pemupukan perasaantanggungjawab dan disiplin yang tinggi dengan mematuhi setiap peraturandan garis panduan ditetapkan di kalangan mereka yang terbabit dalamperusahaan sawit.

3. Menyediakan platform pasaran terbuka dengan memudahkan komunikasimaklumat di antara pihak yang terbabit dalam perusahaan sawit supaya dasarmemajukan industri sawit dapat dirangka dengan lebih berkesan dan setiapmasalah industri diselesaikan secara kolektif dalam menghadapi eraglobalisasi.

Pelesenan yang dilihat dari perspektif negatif oleh semua pihak sebenarnyaadalah sangat relevan di dalam menjamin pembangunan sihat sesuatuindustri. Ketiadaan satu bentuk disiplin yang dicanai melalui syaratpelesenan ketat akan menjurus kepada peningkatan ‘social lost’ yangakhirnya akan merugikan semua pihak.

MPOB sebagai badan pelesenan industri sawit bertanggungjawab memastikanperkara ini tidak berlaku dan perkembangan industri sawit sentiasa sihatdan teratur supaya boleh menghadapi era globalisasi dengan keyakinantinggi.(Adzmi Hassan adalah Ketua Unit Penguatkuasa MPOB)


ECONOMICS & INDUSTRY DEVELOPMENT DIVISION
Malaysian Palm Oil Board ( MPOB ) Lot 6, SS6, Jalan Perbandaran, 47301 Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
Tel : 603 - 7802 2800 || Fax : 603 - 7803 3533