[ Back ]     [ Comments ]     [ Print ]

News Admin
 
Date
 11/10/2001
News Provider
 Mahamad Rodzi Abdul Ghani
News Source
 NULL
Headline
 Serangan ke atas Afghanistan boleh jejas eksport

06 October 2001 (NSTP)

PERMINTAAN terhadap minyak sawit negara dijangka naik dalam beberapaminggu akan datang menjelang musim sejuk di negara pengguna, tetapiancaman perang di Afghanistan mungkin menjadi halangan eksport.Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Tan Sri Basir Ismail(gambar), berkata halangan utama jika berlaku serangan terhadap negaraberkenaan oleh Amerika Syarikat ialah dari segi pengantaran.“Ini kerana kapal tidak akan belayar kerana tidak dilindungi syarikatinsurans yang enggan menanggung risiko melindungi kapal yang melaluilaluan perang,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.Faktor yang mungkin menjejaskan industri sawit negara ialah apabila kapaltidak mahu membuat laluan ke Pakistan, pengimport kedua terbesar minyaksawit negara. Akibatnya, eksport minyak sawit mungkin turun mendadak dankeadaan ini akan memberi tekanan kepada harga minyak sawit yang sedialemah.Amerika Syarikat sehingga kini berulang kali memberi ancaman untukmenyerang Afghanistan yang dituduh melindungi pengganas yang menyerangPusat Dagangan Dunia (WTC) di New York dan Pentagon di Washington, pada 11September lalu.Bagaimanapun, Basir yang sudah lima tahun menerajui MPOB berkata, pihaknyasudah memulakan kajian untuk mencari alternatif jika berlaku kejadian yangtidak diingini.“Pada masa sama, kita juga berusaha menambah pasaran ke negara di rantauAsia yang mungkin memerlukan lebih minyak sawit sebagai pengganti kepadaminyak soya dari benua Amerika, yang akan menghadapi masalah dari segipenghantaran,” katanya.Walauapapun andaian dibuat mengenai keadaan politik dunia, Basir menyerumereka yang terbabit dalam industri sawit negara supaya peka dalammenghadapi situasi semasa dan persekitaran industri yang begitu dinamik.“Kita perlu peka dan menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran yangbegitu dinamik untuk menjamin industri sawit terus relevan di negara ini,”katanya.Sehubungan itu, beliau berkata mereka yang terbabit perlu sentiasaberinteraksi dan memberi maklum balas positif kepada kerajaan untukmemastikan kepentingan kedua-dua pihak dan negara terjamin.Katanya, sebagai strategi jangka panjang membantu menstabilkan harga,peserta industri sawit negara perlu memberi komitmen untuk menanam semulapokok sawit tua sebagai langkah mengurangkan pengeluaran yang berlebihanketika ini.“Pekebun dan peladang perlu memberi komitmen mereka untuk menanam semula.Dilihat dari segi harga, kini adalah masa terbaik bagi kita untuk menanamsemula supaya apabila sampai masanya kelak, kita bersedia membantumeningkatkan harga minyak sawit dunia,” katanya.Kerajaan menerusi Kementerian Perusahaan Utama, Mei lalu mengumumkan skimtanam semula kelapa sawit membabitkan hampir 200,000 hektar kawasantanaman sawit yang berusia lebih 25 tahun dan tidak lagi ekonomik.MPOB diamanahkan untuk menguruskan aktiviti tanaman semula itu. Berikutanpengumuman berkenaan, harga minyak sawit pulih kepada kira-kira RM1,300satu tan metrik sekitar Julai hingga Ogos, sebelum jatuh sedikit di bawahparas RM1,000 ketika ini. Prestasi harga kini jauh rendah berbandingRM2,377 satu tan metrik sekitar 1998.Basir berkata, saingan sengit industri minyak sawit negara membabitkanpengeluar minyak sawit dari negara lain serta pengeluar minyak sayuran danlelemak dunia seperti minyak soya dan minyak bijian.Katanya, Indonesia yang menjadi saingan terbesar Malaysia dalampengeluaran minyak sawit, dulunya hanya mengeluarkan sekitar tiga jutatan, tetapi kini meningkat enam hingga tujuh juta tan atau 32 peratuspengeluaran minyak sawit dunia.Begitu juga saingan dari negara pengeksport minyak sayuran dan lelemakdunia lain seperti dari Brazil, Argentina, Kanada dan Amerika Syarikatyang kadangkala menyebabkan berlaku lebihan tawaran bagi pengeluaranminyak sayuran dan lemak.Inilah antara faktor yang menyebabkan harga sawit tertekan di bawah paraspurata RM1,000 satu tan pada Ogos tahun lalu hingga Julai 2001.


ECONOMICS & INDUSTRY DEVELOPMENT DIVISION
Malaysian Palm Oil Board ( MPOB ) Lot 6, SS6, Jalan Perbandaran, 47301 Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
Tel : 603 - 7802 2800 || Fax : 603 - 7803 3533