[ Back ]     [ Comments ]     [ Print ]

News Admin
 
Date
 10/03/2020
News Provider
 Norsaidatul Najwa Mohd Shaharmi
News Source
 Berita Harian
Headline
 Harga sawit susut hampir 10 peratus, RM2,274satu tan


09.03.2020 (BeritaHarian) - KUALA LUMPUR: Harga harian minyak sawit susut hampir 10 peratus kepada paras terendah sejak Oktober susulan kejatuhan minyak mentah dan kecelaruan dalam pasaran kewangan.


Senario itu yang mencetuskan panik di kalangan pelabur yang sudah terasa bahang dengan penularan COVID-19 (coronavirus).


Pada tengahari, harga komoditi itu jatuh RM248 atau 9.9 peratus kepada RM2,274satu tan berbanding penutup semalam.


Sementara itu, niaga hadapan minyak mentah menjunam susulan perang harga yang meletus antara Arab Saudi dan Russia, sekaligus menjejaskan minat minyak tropika sebagai minyak bio.


“Negara seperti Indonesia, Malaysia dan Brazil mungkin berdepan kesukaran untuk mencapai mandat minyak bio susulan kejatuhan harga minyak gas yang akan menggugat daya tarikan minyak bio berasaskan sayuran,” kata Ketua Penyelidik Sunvin Group, Anikumar Bagani ketika dipetik Bloomberg.


Harga minyak sawit merosot 30 peratusdari paras harga kemuncak pada Januari dan terperangkap dalam pasaran kurang memberangsangkan ekoran pelabur bimbang berhubung dengan impak COVID-19 ke atas permintaan minyak sawit, eksport yang merosot dari Malaysia dan jangkaan peningkatan pengeluaran.


“Impak langsung ke atas sawit adalah dari factor luaran iaitu kejatuhan dalam pasaran ekuiti dan minyak mentah yang mengheret turun harga niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM),” kata Pemilik Palm Oil Analytics, SathiaVarqa.


“Seterusnya adalah impak ke atas permintaan bagi sawit.”


Kejatuhan mendadak harga minyak dengan prospek yang semakin tidak meyakinkan akan member impak buruk kepada permintaan minyak bio.


 


https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/03/663496/harga-sawit-susut-hampir-10-peratus-rm2274-satu-tan



ECONOMICS & INDUSTRY DEVELOPMENT DIVISION
Malaysian Palm Oil Board ( MPOB ) Lot 6, SS6, Jalan Perbandaran, 47301 Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
Tel : 603 - 7802 2800 || Fax : 603 - 7803 3533