[Back]   [Comments]  [Print]

NEWS ADMIN

Mahamad Rodzi Abdul Ghani

DATE

20/09/2004

NEWS PROVIDER

Mahamad Rodzi Abdul Ghani

NEWS SOURCE

Utusan Malaysia

CATEGORY

HEADLINE

Pemegang saham setuju penggabungan Golden Hope dan
KUALA LUMPUR 15 Sept. - Hasrat Golden Hope Plantation Bhd. (Golden Hope)menjadi syarikat perladangan terbesar di Malaysia berdasarkan keluasanhektar semakin menjadi kenyataan apabila para pemegang saham minoritibersetuju mengenai cadangan rasionalisasi dengan Island & Peninsular(I&P).

Kira-kira 500 pemegang saham minoriti hadir untuk memberi kelulusantersebut yang mewakili 42 peratus pegangan saham di dalam Golden Hope.

Bagaimanapun, cadangan penyusunan semula itu akan akan berjaya jikamajoriti pemegang saham I&P membuat keputusan yang sama pada mesyuaratagung luar biasa yang akan berlangsung pada 28 September ini.

Ketua Eksekutif Kumpulan Datuk Sabri Ahmad berkata, setakat hari inipihaknya masih percaya cadangan penyusunan semula antara Golden Hope danI&P akan berjaya seperti mana yang dirancangkan selama lapan bulan sebelumini.

``Kita tunggu dan lihat, jika cadangan tersebut berjaya mungkin pada 1November ini cadangan penggabungan itu akan selesai,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas EGM Golden Hope di sinihari ini.

Pada EGM itu, para pemegang saham telah bersetuju untuk menukar asetkedua-dua syarikat itu bagi menjadikan Golden Hope dan I&P gergasiperladangan dan hartanah terbesar di Malaysia.

Dalam resolusi yang dipersetujui, Golden Hope akan memiliki 99.63 peratuskepentingan di dalam Austral Enterprise Bhd. iaitu sayap pelaburan I&Pyang berharga RM1.25 bilion.

Sebagai balasannya, I&P akan membeli kepentingan tiga syarikat pembangunanhartanah Golden Hope iaitu Golden Hope Development Sdn. Bhd. sebanyak 60peratus pada harga RM630 juta, Golden Hope Properties Sdn. Bhd. sebanyak99 peratus pada harga RM583 juta dan pemilikan 100 peratus Golden HopeProperties (Johor) Sdn. Bhd., pada harga RM50 juta.

Dengan pemilikan aset tersebut ia akan menjadikan Golden Hope bakalmenjadi syarikat perladangan kedua terbesar di Malaysia yang akan memilikisimpanan tanah kira-kira 80,000 hektar yang mampu mengeluarkan 700,000hingga 750,000 tan minyak sawit mentah.

Menurut Sabri, sepanjang perjalanan EGM itu tiada sebarang bantahan yangdibuat oleh pemegang saham dan mereka amat mengalu-alukan keputusanpenyusunan itu.

Tambah beliau, pihaknya terpaksa menerangkan secara terperinci mengenaicadangan tersebut dan bagi memastikan setiap resolusi yang dibangkitkandapat diperjelaskan secara terperinci.

``Apa yang kami lakukan ini adalah situasi menang-menang antara pemegangsaham dan syarikat bagi memastikan ia terus berkembang dan maju,''katanya.