[Back]   [Comments]  [Print]

NEWS ADMIN

Mahamad Rodzi Abdul Ghani

DATE

27/08/2003

NEWS PROVIDER

Mahamad Rodzi Abdul Ghani

NEWS SOURCE

Berita Harian

CATEGORY

HEADLINE

‘Tidak adil banding hasil pekebun dengan ladang’
PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Azmi Khalidmempertahankan Felda, Risda dan Felcra yang didakwa gagal meningkatkanhasil pekebun kecil kelapa sawit.

Sebaliknya, beliau mendakwa masalah utama ketiga-tiga agensi itu adalahtanah kurang bermutu, berbanding sektor ladang yang mempunyai tanah lebihbaik serta mampu mencatatkan pengeluaran lebih tinggi bagi setiap hektartanah.

Katanya, mana-mana pihak tidak seharusnya membandingkan hasil pengeluaranpekebun kecil dengan sektor ladang kerana lebih 50 peratus tanah yangdiberikan kepada Felda, Risda dan Felcra oleh kerajaan negeri adalah tanahkurang berkualiti berbanding sektor ladang yang boleh memilih tanah lebihsubur.

"Jadi, tidak adil jika membuat perbandingan hasil pekebun kecil dengansektor ladang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan AnugerahPerkhidmatan Cemerlang 2002 kementeriannya, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri DrLim Keng Yaik kelmarin yang membidas tiga organisasi terbabit kerana gagalmenyebarkan pengetahuan dan memberi tunjuk ajar mengenai teknologi barukepada pekebun kecil kelapa sawit sehingga menjejaskan produktiviti dandaya saing sektor itu.

Dr Lim berkata, kegagalan agensi terbabit terbukti apabila hasilpengeluaran kurang tiga tan minyak sawit sehektar setahun oleh pekebunkecil berbanding lima tan bagi sektor ladang.

Beliau yang kecewa dengan perkembangan itu, mencabar mana-mana agensi yangtidak mampu melaksanakan tugas supaya tidak membabitkan diri dalam sektorsawit dan menyerahkan tugas itu kepada mereka yang mampu.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, tanah yang kurang berkualiti memerlukanrawatan dan teknologi tambahan yang akhirnya meningkatkan kos pengeluaran.

Jika dapat diselesaikan, hasil pekebun kecil boleh mencapai taraf keluaransektor swasta. Saya berani katakan jika diberi tanah yang baik dan sesuai,prestasi mereka, kalau tidak lebih, sama dengan swasta.

"Ini terbukti dengan yang hasil Ladang Kelapa Sawit Sawah Batu di Pekan,Pahang, yang memberi pulangan lima tan minyak sawit setahun, setandingkeluaran ladang swasta," katanya.

Beliau juga berkata, masalah tanah berkelompok juga menyumbang kepadaproduktiviti kurang berbanding pengeluaran sektor ladang.

"Organisasi ini bertanggungjawab membangunkan tanah yang diberikankerajaan negeri dan banyak tanah berkelompok. Tanah ini bukannya besarberbanding sektor ladang," katanya.

Bagaimanapun, Azmi berkata, beliau percaya Dr Lim mungkin mempunyai faktabagi menyokong dakwaan itu dan akan menemuinya hari ini untuk mendapatkanpenjelasan.

Jika Dr Lim mempunyai cadangan untuk meningkatkan prestasi agensiberkenaan, kita boleh melakukan beberapa perubahan tertentu," katanya