[Back]   [Comments]  [Print]

NEWS ADMIN

Mahamad Rodzi Abdul Ghani

DATE

26/08/2003

NEWS PROVIDER

Mahamad Rodzi Abdul Ghani

NEWS SOURCE

Berita Harian

CATEGORY

HEADLINE

Keng Yaik bidas Felda, Risda, Felcra
26/08/2003 - Beliau berkata, kegagalan agensi terbabit terbukti apabilahasil pengeluaran kurang tiga tan minyak sawit sehektar setahun olehpekebun kecil berbanding lima tan bagi sektor ladang.

Katanya, agensi terbabit tidak memberi tunjuk ajar dari segi teknologibaru, klon baru, amalan agronomi dan kaedah menuai buah kelapa sawitkepada pekebun kecil sehingga mereka tidak dapat mencapai tahappengeluaran tinggi.

Saya tidak salahkan pekebun kecil. Saya salahkan orang (agensi) yang tidakmampu memindahkan ilmu kepada mereka, katanya selepas merasmikan KongresMinyak Sawit Antarabangsa (PIPOC 2003), di sini semalam.

Dr Lim yang kecewa dengan perkembangan itu, meminta agensi terbabit sertapersatuan pekebun kecil berfungsi membantu golongan itu supaya persaingannegara di peringkat antarabangsa tidak berterusan terjejas.

Beliau turut mencabar mana-mana agensi yang tidak mampu melaksanakan tugassupaya tidak membabitkan diri dalam sektor sawit dan menyerahkan tugas itukepada mereka yang mampu.

Kalau tidak tahu apa yang perlu dilakukan, keluarlah, jangan jadi seperti ‘orang buta memimpin orang buta’. Saya sekarang serius, saya akanmengkritik agensi jika tidak boleh melaksanakan pemindahan teknologi bagimembolehkan pekebun kecil menjadi produktif dan berdaya saing, katanya.

Dr Lim berkata, jika sektor ladang boleh menghasilkan minyak sawit limatan sehektar setahun, tiada sebab pekebun kecil yang ketika inimenyumbangkan kira-kira 45 peratus hasil minyak sawit negara tidak dapatberbuat demikian.

Sektor ladang dan pekebun kecil mempunyai cuaca dan tanah yang sama tetapiberbeza daripada segi produktiviti. Di sinilah pentingnya fungsi agensidaripada segi tanaman semula, penggunaan klon dan penuaian buah kelapasawit, katanya.

Beliau berkata, kementeriannya dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)akan memantau perkembangan pengeluaran minyak sawit sektor pekebun kecildan berharap agensi berkaitan memberi tumpuan kepada perkara itu.

Katanya, kerajaan memberikan insentif RM500 sehektar kepada pekebun kecilyang melaksanakan tanam semula pokok kelapa sawit berusia lebih 25 tahun.

Dengan menanam semula menggunakan klon baru, kita berharap dapatmenghasilkan lebih lima tan minyak sawit sehektar setahun dan terusbersaing di pasaran antarabangsa dan kekal sebagai pengeluar utama dunia,”katanya.