[Back]   [Comments]  [Print]

NEWS ADMIN

Mahamad Rodzi Abdul Ghani

DATE

26/08/2003

NEWS PROVIDER

Mahamad Rodzi Abdul Ghani

NEWS SOURCE

Berita Harian

CATEGORY

HEADLINE

Kerajaan kaji guna bahan api biodiesel
26/08/2003 - KEMENTERIAN Perusahaan Utama sedang menimbang dengan seriusuntuk mewajibkan campuran diesel dengan minyak sawit sebagai bahan apiyang lebih mesra alam digunakan bagi kenderaan awam dan persendirian.

Menterinya, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, berkata kementeriannya sedangmerangka model ekonomi untuk peraturan itu supaya diesel campuran tidakmenjadi lebih mahal apabila harga minyak sawit meningkat.

Kini, katanya, banyak negara maju menggunakan undang-undang bagimenggalakkan diesel dicampur dengan bahan api bio sama ada yang diperbuatdaripada minyak soya atau minyak bijian.

Sebaik saja kita mengeluarkan model ekonomi, kita akan mengikuti langkahnegara maju lain dengan menggubal undang-undang bagi menggalakkankenderaan di bandar menggunakan bahan api yang lebih mesra alam untukmengurangkan pencemaran, katanya pada sidang media selepas merasmikanKongres Antarabangsa Minyak Sawit (PIPOC) 2003, di Hotel MarriotPutrajaya, semalam.

Selain mengurangkan masalah pencemaran di negara ini, Lim berkata, langkahitu akan membantu mengurangkan stok minyak sawit dan mengekalkan hargaminyak sawit pada paras yang munasabah.

Ia juga akan bertindak sebagai jaring keselamatan bagi harga minyak sawit,katanya.

Sememangnya, minyak sawit mempunyai potensi menjadi bahan api atau sumbertenaga kelima untuk negara, katanya.

Minyak sawit boleh digunakan tanpa pengubahsuaian sebagai bahan api danjuga boleh dicampurkan dengan diesel, dan digunakan dalam enjin diesel.

Setakat ini, Malaysia berjaya mencampurkan minyak sawit dengan sejenisminyak bahan api yang dipanggil ‘Medium Fuel Oil’ dan menggunakan minyakitu untuk penjanaan kuasa di loji Tenaga Nasional Bhd di Butterworth,Pulau Pinang.

Dr Lim berkata, minyak sawit juga boleh ditukar menjadi ‘methyl ester’yang dikenali sebagai biodiesel, dan digunakan terus dalam enjin dieseltanpa perlu dicampur.

MPOB dan Petronas sudah mempatenkan proses pengeluaran biodiesel sawit danmenjalankan ujian loji perintis mengenai pengeluaran dan penggunaannyadalam enjin diesel.

Oleh itu, kita nampak sawit memang berpotensi menjadi satu kuasa kerana iamemberikan sumber bahan api dalam semua tiga bentuk, pepejal, cecair dangas, katanya.