[Back]   [Comments]  [Print]

NEWS ADMIN

Mahamad Rodzi Abdul Ghani

DATE

12/10/2001

NEWS PROVIDER

Mahamad Rodzi Abdul Ghani

NEWS SOURCE

NULL

CATEGORY

HEADLINE

Kekalkan daya saing industri sawit
Oleh Mohd Saufi Awang (saufi@mpob.gov.my)06 October 2001 (NSTP)

INDUSTRI sawit yang berkembang sejak tiga dekad lalu terus menyumbangkepada kesejahteraan ekonomi negara dengan mewujudkan banyak peluangpekerjaan. Pendapatan eksport negara meningkat dan kawasan tanaman sawitterus bertambah.

Pada tahun 2000 saja, keluasannya menjangkau 3.3 juta hektar dan iadijangka terus meningkat, khususnya dengan pembukaan kawasan baru di Sabahdan Sarawak.

Berdasarkan hakikat ini, Malaysia akan terus kekal sebagai pengeluar danpengeksport utama minyak sawit dunia. Oleh itu, cabaran seterusnya ialahmengekalkan daya saing bagi mengharungi persaingan masa depan.

Industri sawit perlu meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kospengeluaran. Antara petunjuk kecekapan prestasi industri itu ialahpeningkatan produktiviti pengeluaran minyak sawit yang ditentukan berdasarkadar perahan minyak (KPM).

KPM adalah nisbah teknikal bagi mengukur kuantiti minyak sawit mentah yangdiperoleh daripada pemprosesan sejumlah buah sawit di kilang. Sejak 1988,KPM negara terus merosot dan semakin ketara pada 1993, apabila purata KPMnasional jatuh di bawah paras 18 peratus.

Bagi menangani masalah itu, pada 1995 kerajaan melalui KementerianPerusahaan Utama melancarkan Kempen Meningkatkan Kadar Perahan Minyakbertujuan memulihkan prestasi industri sawit negara. Walaupun usaha iniberjaya mengekang kemerosotan KPM, purata KPM nasional masih di bawahparas 19 peratus, jauh daripada sasaran 20 peratus menjelang tahun 2000.

Jika kemerosotan ini berterusan dan negara pengeluar lain, khususnyaIndonesia masih berupaya mengekalkan KPM melebihi 20 peratus, senario inipasti akan menghakis daya saing industri sawit negara.

Kemerosotan KPM menyebabkan kos pemprosesan buah sawit menjadi semakintinggi, manakala pendapatan hasil ladang merosot. Pada masa sama, negaradianggarkan kerugian jutaan ringgit disebabkan kemerosotan KPM itu.

Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan, beberapa faktor telah dikaitkandengan kemerosotan KPM seperti cuaca, usia pokok dan kesuburan tanah.Bagaimanapun, laporan hasil kajian turut mendapati kelemahan pengurusanladang dan pengabaian penyelenggaraan kerja penuaian mempengaruhikemerosotan bekalan mutu buah sawit. Faktor kecekapan pengilangan jugamenyebabkan kehilangan minyak semasa pemprosesan di kilang.

Kemerosotan kualiti buah yang dibekalkan ke kilang juga dikenal pastiantara punca yang menjejaskan prestasi KPM, seperti tandan muda, tandantangkai panjang, tandan mengkal dan tandan kosong yang memberi kesannegatif kepada perolehan minyak semasa pemprosesan.

Pengusaha ladang dan pekebun kecil juga tidak mengutip buah lerai dengansempurna kerana kurangnya pengawasan semasa kerja penuaian atau sikap yangtidak mengambil berat terhadap produktiviti di ladang.

Bagi mengelak kerugian, pengusaha ladang perlu berusaha menggembelengtenaga memastikan pengeluaran buah sawit bermutu tinggi, mengikut amalanperladangan yang disarankan oleh MPOB.

Kualiti bermula dari ladang. Jika bekalan buah sawit ke kilang berkualititinggi, ia akan meningkatkan pendapatan, sekali gus produktiviti dankualiti pengeluaran minyak sawit negara.

Kecekapan pengilangan juga turut mempengaruhi KPM. Kehilangan minyaksemasa pemprosesan di kilang juga menyebabkan kemerosotan KPM. Ini dapatdielakkan jika kecekapan pengilangan dipertingkatkan dan penyeliaan rapiserta bersepadu dilakukan semasa pemprosesan buah sawit.

Kehilangan minyak sawit mentah di tahap pemprosesan berlaku disebabkanbeberapa faktor seperti buah sawit yang tidak dapat dileraikan daritandan, minyak dan buah sawit yang tertinggal di tandan semasa proses,minyak yang diserapkan dalam gentian yang diperah dan minyak tertinggaldalam emparan serta minyak yang tumpah.

Bagi menjamin hanya buah yang berkualiti saja diproses, pihak kilang perlumengamalkan Sistem Penggredan Buah Sawit (SPBS). Pengurusan kilang perlumenolak sama sekali penerimaan buah sawit yang tidak bermutu.

Kaedah pengendalian buah sawit untuk mengurangkan kerosakan perludipertingkatkan. Dalam hal ini, MPOB telah menganjurkan Kursus SPBS bagimeningkatkan pengetahuan dan pendedahan kepada pengred dan juga penyeliakilang dan ladang mengenai kaedah penggredan buah sawit yang sempurna.

Hasil kerjasama mantap pada semua peringkat dan pengurusan yang cekap, adajuga kilang buah sawit yang berjaya mengekalkan KPM melebihi 20 peratus.Begitu juga di sektor ladang, ada pengusaha ladang yang berjayamengeluarkan buah sawit melebihi 30 tan sehektar setahun. Usaha gigih danpencapaian cemerlang seperti ini sewajarnya diiktiraf oleh kerajaan.

Justeru, sejak 1995 kerajaan melalui MPOB telah memberi pengiktirafankepada pihak industri yang cemerlang melalui pemilihan pemenang AnugerahIndustri Sawit Malaysia (AISM).

Pada tahun ini, sekali lagi MPOB akan memberi pengiktirafan kepada pihakindustri yang berusaha gigih peningkatan produktiviti dan kualitipengeluaran sawit serta pihak yang terbabit dalam usaha meningkatkanprestasi industri sawit negara.