[Back]   [Comments]  [Print]

NEWS ADMIN

Mahamad Rodzi Abdul Ghani

DATE

12/10/2001

NEWS PROVIDER

Mahamad Rodzi Abdul Ghani

NEWS SOURCE

NULL

CATEGORY

HEADLINE

Kursus penyiasat minyak sawit
06 October 2001 (NSTP)

LEMBAGA Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menganjurkan Kursus Penyiasat MinyakSawit ke-13 selama empat hari bermula 2 Oktober lalu di Pelabuhan Klang,Selangor.

Kursus yang dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah II MPOB, Mamat Salleh yangmewakili Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Yusof Basiron, antara lainbertujuan untuk menyediakan pesertanya mengenai amalan kerja penyiasatandan sifat kimia minyak sawit.

Selain itu, mereka juga didedahkan dengan undang-undang dan peraturan yangberkaitan kawalan mutu minyak sawit sejajar langkah memastikan kualitieksport keluaran sawit negara terpelihara.

Kursus itu dihadiri 57 peserta daripada kalangan industri sawit, khususnyamereka yang terbabit secara langsung dengan urusan eksport keluaran sawitsebagai persediaan menghadapi Peperiksaan Penyiasat Keluaran Sawit MPOB.

Peperiksaan itu bertujuan membolehkan mereka menjadi Penyiasat MinyakSawit bertauliah. Kawalan kualiti yang ketat adalah perlu untuk memastikansemua eksport keluaran sawit negara diterima dengan baik oleh negarapembeli.