[Back]   [Comments]  [Print]

NEWS ADMIN

Mahamad Rodzi Abdul Ghani

DATE

11/10/2001

NEWS PROVIDER

Mahamad Rodzi Abdul Ghani

NEWS SOURCE

NULL

CATEGORY

HEADLINE

Biofuel: Melihat kehadapan
06 October 2001 (NSTP)

WALAUPUN minyak sawit lebih popular sebagai minyak makan, hanya sebahagiankecil bahan komoditi itu digunakan untuk tujuan pemakanan, manakalaselebihnya dikembangkan bagi tujuan lain, termasuk sebagai bahan bakar.

Langkah itu perlu bagi mengelak kejatuhan harga seperti yang berlakubaru-baru ini apabila harga minyak sawit jatuh ke paras terendah RM697satu tan pada Februari 2001. Bagaimanapun, ia kembali kukuh melebihiRM1,000 satu tan pada Julai lalu.

Apa yang menyebabkan perubahan harga minyak sawit? Faktor utama ialahpengeluaran dan permintaan tidak seimbang. Berdasarkan unjuran, penggunaanminyak dan lemak dunia dijangka meningkat daripada 110 juta tan pada 2000kepada 178 juta tan pada 2020.

Berikutan itu, pengeluar minyak sawit dan bijian utama lain seperti soya,biji sawi dan bunga matahari meningkatkan bekalan bagi memenuhi jangkaanpermintaan, sekali gus menyebabkan bekalan berlebihan.

Bagi menangani masalah itu, penyelesaian harus dicari terutama bagimengawal dan mengatur bekalan serta permintaan supaya industri bolehmenikmati pulangan optimum. Ini boleh dilakukan dengan mempelbagaikanpenggunaan minyak itu.

Penggunaan minyak sawit selain tujuan pemakanan seperti biofuels bukanlahperkara baru. Di Malaysia, pada Mac 1987, MPOB (ketika itu PORIM) bersamaCycle and Carriage Bintang Berhad dan Daimler-Benz AG Germany, bersetujumenguji minyak sawit sebagai ‘biofuel’.

Ia membabitkan ujian ke atas beberapa kereta, bas dan enjin. MPOBmembekalkan minyak pelincir bagi ujian itu, manakala Daimler-Benzmenyediakan beberapa enjin, manakala Cycle and Carriage memasang enjinkenderaan. Apa yang membanggakan, setiap kenderaan merakam perjalanansejauh 300,000 kilometer.

Hasil ujian penggunaan menggalakkan biofuel bagi kenderaan yang dipasangenjin Elsbett telah dilaporkan di Seminar Biofuel pada 1995, InternationalBiofuel and Lubricant Conference (1998) dan di PIPOC 2001, baru-baru ini.

Konsep kereta menggunakan minyak sawit adalah meyakinkan dan kejayaanmencatat perjalanan 300,000 km menggunakan biodisel sawit itu membukalembaran dan anjakan paradigma kepada industri minyak sawit negara.

Kini, MPOB dan Petronas bersama beberapa syarikat perladangan yangberminat sedang menilai bagi mewujudkan sebuah loji perintis berkapasiti3,000 tan secara berterusan untuk penukaran minyak sawit mentah danstearin minyak sawit mentah menjadi biodisel sawit.

Melalui teknologi itu, sejumlah 500 sehingga 700 ppm karotin (vitamin A)dan 600 hingga 1,000 ppm vitamin E dalam diesel sawit boleh dihasilkan.Penghasilan komponen kecil seperti ini memberi peluang kepada negaramenjadi pengeluar utama karotin dan vitamin E pada masa depan.

Di Amerika Syarikat, Akta Dasar Tenaga membenarkan biofuel biodieseldigunakan sebagai gantian kepada bahan bakar fosil. AS mempunyai kapasitipengeluaran sekitar 500,000 tan setahun, terutamanya metil ester minyaksoya.

Biofuel itu dipasarkan sebagai produk khas dan mempunyai peluang digunakansecara meluas di kawasan marin (laut), taman negara, bandar yang mempunyaipencemaran tinggi serta kawasan perlombongan.

Bagi memenuhi permintaan itu, dianggar sebanyak 10.5 juta tan ‘bioethanol’akan dikeluarkan menjelang 2003. Di Eropah, tanah pertanian boleh ditukarkegunaannya bagi menghasilkan bahan bakar gantian. Kini, ia menghasilkan500,000 tan biodisel daripada metil ester minyak biji sawi.

Mengikut perancangan Suruhanjaya Eropah, ia mencadangkan bahawa menjelang2005, sekurang-kurangnya dua peratus bahan bakar bagi kegunaanpengangkutan terdiri daripada biofuel tanaman pertanian seperti bit gula,bijian minyak dan sisa buangan. Penggunaannya dijangka mencapai 20 peratusmenjelang 2020.

Semasa harga minyak dan lemak dunia berada pada paras rendah baru-baruini, Malaysia mengorak langkah menggunakan sebahagian minyak sawit yangdihasilkan sebagai biofuel.

Tujuannya bagi mengurangkan stok minyak sawit yang berlebihan sebanyak 1.4juta tan pada akhir Januari 2001 ke paras yang agak selesa. Sejumlah500,000 tan stok minyak sawit mentah disasar untuk dikeluarkan menjelangakhir tahun.

Kutipan ses mengikut Perintah Ses 2000, sebanyak RM4 setan untuk membiayaiprojek itu dilancarkan Mei lalu. Mengikut memorandum persefahaman antaraMPOA (Persatuan Minyak Sawit Malaysia) dan MPOB, minyak sawit mentah bagikegunaan loji penjanaan elektrik dibekalkan oleh syarikat pengeluar kepadaKerajaan Pusat untuk dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada hargaRM700 setan.

Perbezaan antara harga pasaran dan harga jualan kepada TNB dibiaya melaluisumber dana ses yang dikutip. Sejumlah 20,000 hingga 30,000 tan minyaksawit yang dicampur minyak medium menjadi varian diesel digunakan setiapbulan di loji penjana elektrik TNB. Pada April 2001, Malaysia membuktikanbahawa minyak sawit boleh digunakan sebagai biofuel untuk kegunaan stesenTNB di Prai.

Beberapa bulan selepas usaha itu diperkenalkan, harga minyak sawit pada 12Julai 2001 meningkat melepasi paras RM1,000 setiap tan buat pertamakalinya dalam tempoh 13 bulan.

Bagaimanapun, projek itu digantung sementara waktu berikutan kekuranganbekalan minyak sawit untuk tujuan berkenaan. Kajian semula mengenai hargayang perlu dibayar bagi tujuan itu dijangka dilakukan. Bagaimanapun, usahapenyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh MPOB mengenainya masih diteruskan.

Ia akan digerakkan semula jika harga kembali susut ke paras tidak selesa.

Projek biofuel juga mempunyai kesan baik kepada pekebun kecil, manakalasyarikat ladang sawit mendapat faedah pulangan hasil. Ia akan mewujudkantambahan peluang pekerjaan dengan terciptanya produk baru untuk pasarandunia.

Biofuel akan terus penting dan menjadi fokus MPOB untuk membolehkanindustri sawit terus kompetitif dan dapat dikekalkan.

l (Datuk Dr Yusof Basiron adalah Ketua Pengarah MPOB dan telah banyakmenghasilkan kajian-kajian mengenai industri minyak sawit negara).