[Back]   [Comments]  [Print]

NEWS ADMIN

Mahamad Rodzi Abdul Ghani

DATE

01/04/2005

NEWS PROVIDER

Mahamad Rodzi Abdul Ghani

NEWS SOURCE

Utusan

CATEGORY

HEADLINE

Kerjasama dua negara bangunkan industri bahan api
KOTA KINABALU 29 Mac - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditiberhasrat untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan Indonesia bagimembangunkan industri bahan api berasaskan biologi daripada minyak kelapasawit di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Anifah Aman berkata, pada masa ini, negarajiran itu telah menyatakan minatnya terhadap usaha membangunkan industritersebut yang dilihat mampu meningkatkan industri hiliran tanaman kelapasawit.

Katanya, langkah itu juga mampu menjamin harga minyak kelapa sawit yangstabil di pasaran dunia selain mengurangkan penggantungan terhadap sumberbahan api petrol dan diesel.

``Tambahan pula, negara kita dan Indonesia memiliki jumlah keluasantanaman kelapa sawit yang tertinggi di dunia,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika PersidanganAntarabangsa Ketua Pegawai Eksekutif (ICC2005) di Hotel Magellan Sutera disini hari ini.

Anifah seterusnya berkata, pada masa ini, kedua-dua pihak sedangmengenalpasti pihak swasta bagi pelaksanaan pembangunan industri bahan apiberasaskan biologi.

``Kajian penggunaan minyak kelapa sawit telah dijalankan ke atas kereta dinegara kita sebelum ini dan terbukti boleh digunakan.

``Cuma apa yang perlu dilakukan ialah melaksanakan industri ini secarakomersil dalam skala besar,'' katanya.

Katanya lagi, pihaknya yakin penggunaan minyak kelapa sawit bagimenggantikan bahan api sedia ada akan mendapat permintaan tinggi di duniaberikutan kerana ia mesra alam.

Beliau berkata, persidangan seperti ICC2005 akan digunakan sebaiknya bagimemberi gambaran kepada negara luar terhadap bidang tersebut.

``Sebelum ini, negara barat telah menggunakan minyak kacang soya, jagungdan sebagainya, dan ia boleh diperluaskan kepada minyak kelapa sawitpula,'' katanya.