[ Back ]     [ Comments ]     [ Print ]

News Admin
 
Date
 16/11/2001
News Source
 NULL
Headline
 Minyak sawit Malaysia tetap unggul

12 November 2001 (Berita Harian)

MINYAK sawit negara terus unggul walaupun ada saingan sengit dari negarapengeluar minyak yang sama, selain 16 jenis minyak sayuran dan lemak laindi pasaran dunia.

Ini kerana minyak sawit negara dianggap paling produktif daripada aspekkos pengeluaran dan kepelbagaian penggunaan. Malah, penyelidikan berjayamembuktikan minyak sawit mengatasi minyak sayuran dan lemak lain dalambanyak penunjuk nilai.

Hasil penyelidikan Lembaga Minyak sawit Malaysia (MPOB) menyenaraikan 10sifat yang dijadikan indeks bagi menilai kelebihan minyak sawit negaraberbanding saingannya.

Sifat berkenaan ialah harga dalam dolar Amerika setiap tan, imejkesihatan, jaminan bekalan, kualiti semasa hantaran tiba, penggunaan,khidmat sokongan kepada pengguna, kos pengeluaran, hasil, penyelidikan danpembangunan (R&D) serta subsidi. Indeks ini dapat menunjukkan kemampuanminyak sawit bersaing, selain keupayaan memberikan pulangan besar kepadanegara.

Bagi mengekalkan nilai kompetitif minyak sawit negara secara berterusan,perlu ada perancangan teliti bagi meningkatkan keupayaan daya saingnya,termasuk kesesuaian bersaing, ciri untuk berjaya serta kecenderunganbersaing dan berjaya.

Ini kerana jumlah pengeluaran 17 jenis minyak sayuran dan lemak dunia,termasuk minyak sawit, mencapai 114.3 juta tan pada 2000. Malah, empatminyak sayuran dan lemak utama adalah minyak soya (25.4 juta tan), minyaksawit (21.7 juta tan), minyak biji sawi (14.2 juta tan) dan minyak bungamatahari (9.6 juta tan).

Semua minyak ini mewakili 62.1 peratus keseluruhan minyak sayuran danlemak dunia pada 2000.

Sementara itu, minyak sawit yang dikeluarkan Malaysia sebanyak 10.8 jutatan dan Indonesia 6.9 juta tan pada 2000, mewakili 85.1 peratuspengeluaran minyak sawit dunia atau 16.4 peratus jumlah pengeluaran minyakdan lemak dunia.

Bagi minyak isirong sawit, Malaysia dan Indonesia secara bersamamenghasilkan 2.6 juta tan setahun yang mana pengeluaran Malaysiamembabitkan 1.3 juta tan, manakala Indonsia 0.3 juta tan. Ini bersamaan1.8 peratus daripada pengeluaran minyak sayuran dan lemak dunia pada 2000.

Indeks ini digunakan bagi perbandingan empat jenis minyak sayuran danlemak utama iaitu minyak soya, minyak sawit, minyak biji sawi dan minyakbunga matahari.

Indeks berkenaan juga hanya digunakan bagi menilai pengeluar utama dunia,iaitu minyak soya (Amerika Syarikat, Brazil, Argentina dan Kesatuan Eropah15), minyak sawit (Malaysia dan Indonesia), minyak biji sawi (KesatuanEropah 15 dan Kanada) dan minyak bunga matahari (Argentina, KesatuanEropah 15 dan Amerika Syarikat).

Indeks itu juga membuktikan minyak sawit negara mencapai kelebihanmaksimum dalam khidmat sokongan pengguna, penghasilan, R&D serta aspekkewujudan subsidi. Malah, secara relatif, semua 10 sifat yang dijadikanpetunjuk perbandingan menunjukkan minyak sawit Malaysia berada jauh didepan.

Bagaimanapun, banyak perlu dilakukan bagi meningkatkan keupayaan bersaingterutama di sudut harga satu tan produk, imej kesihatan, jaminan bekalan,kualiti produk sewaktu tiba, fungsi produk dan kos pengeluaran.

Ini kerana semua aspek berkenaan, jika tidak diberi perhatian mungkinmenolak minyak sawit negara pada peringkat yang mungkin merugikan negarapada tempoh jangka panjang.


ECONOMICS & INDUSTRY DEVELOPMENT DIVISION
Malaysian Palm Oil Board ( MPOB ) Lot 6, SS6, Jalan Perbandaran, 47301 Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
Tel : 603 - 7802 2800 || Fax : 603 - 7803 3533